Lambat lagik hari ni ...
Hm... kuar rumah dah awal dah .. bajet2 memang sempat sampai opis B4 8. tapi alahai .. jem la pulak kat minlon tu .. sampai ke stesen komuter jemnye .. isk isk isk .. last2 punch in pukul 8.12 huhuhu .. sib baik bos pun lambat ... hehe ..
tadi dl lrt ali meset .. sampaikan pesan bos suruh ganti dia untuk mesyuarat ketua unit .. aduhhhhh ... tak dapat dibayangkan ... mujurlah dia sempat sampai opis .. n dia attend sendiri .. fuhhh.. lega ...
macam biasa.. on pc .. nengok email pastu baca paper .. hari ni dalam paper .. yg menarik perhatian kak sue is ...
Pekerja cacat dakwa ditindas
Oleh Ahmad Naim Tahir
Majikan arah berhenti selepas seminggu bertugas kerana alasan kaki kiri kudung
PORT DICKSON: “Saya rasa terhina dan sedih,” kata Amir Ahmad, 23, yang mendakwa diarah berhenti kerja oleh majikan hanya selepas seminggu berkhidmat berikutan kecacatan kaki kirinya.Tindakan majikannya itu membuatkannya kecewa dan berasa tidak berguna walaupun mampu bekerja seperti orang lain dan mempunyai kelulusan.Amir dari Paya Rumput, Melaka, kudung kaki kirinya akibat digilis lori selepas terjatuh apabila motosikal yang ditunggangnya bertembung kereta pada September 2002.Dua bulan selepas kemalangan, dia mendapat kaki palsu bantuan sepasang suami isteri, George Henry dan Lisa dari United Kingdom yang kini membuka pusat kebajikan mereka di sini.Selepas menamatkan pengajian Diploma Kejuruteraan Mekanikal di Politeknik Sultan Abdul Halim, Jitra, di Kedah, beliau menyertai sebuah kilang elektronik di Prai, Pulau Pinang bulan lalu.Katanya, dia lulus temu duga dan diarah menjalani pemeriksaan perubatan di ibu pejabat syarikat sebelum diterima bekerja sebagai juruteknik di kilang di Bukit Minyak.“Selepas sesi menyesuaikan diri selama seminggu, saya bersemangat memulakan kerja di bahagian pengeluaran, tetapi gagal melepasi alat pengimbas yang dipasang pada pintu untuk masuk ke bahagian berkenaan.“Alat itu hanya boleh mengimbas individu yang berpijak, tetapi saya menggunakan kaki kiri palsu dan mesin itu tidak dapat mengimbas,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.Amir mendakwa penyelianya memberitahu masalah itu akan diatasi, tetapi kakitangan bahagian keselamatan mengarahkannya mendapatkan surat pengesahan kecacatan daripada sebuah klinik.Beliau mengikut arahan itu, tetapi klinik terbabit merujuk kes berkenaan kepada Jabatan Sumber Manusia syarikatnya yang kemudian mempersoalkan tindakannya memohon pekerjaan di situ walaupun menyedari cacat."Saya memberitahu majikan bahawa masalah berhubung mesin pengimbas itu akan diatasi seperti diberitahu penyelianya, tetapi saya pula dituduh tidak mengisytiharkan kecacatan kepada syarikat dan memberitahu saya tidak layak bekerja."Saya enggan berhenti kerja, tetapi majikan memberitahu jika dibuang, nama saya akan disenarai hitam oleh syarikat elektronik besar lain. Bimbang dengan keadaan itu, saya menurut arahan majikan berhenti," katanya.
Hmmm... dah lama kak sue perhati ... kat negara kita ni kalau lahir anak cacat .. jadi satu bala utk mak bapak ... kenapa ek??? pastu kalau bute ke .. pekak ke .. hantar ke pusat pemulihan .. ape lagik nak dipulihkan??? dah memang derang tu lahir tanpa deria or tanpa anggota yg cukup .. itu takdir Ilahi ... yg pasti .. derang yg cacat tu .. cacat penglihatan .. cacat pendengaran atau pertuturan .. atau kudung .. atau takde tangan .. bukannye cacat otak ... kenapa tak buleh sekolah di sekolah biase?? macam di negara maju lain .. US contohnya .. mereka terima org2 cacat ni seperti org normal yg lain ..maka lahirlah professor yg down syndrom tusape nama dia kak sue dah lupa .. n banyak tengok kat TV (cos tak pernah pergi sana) that .. what ever the condition that person s .. dia bersaing dgn org yg normal ni secara sihat ... kenapa ye .. kat sini .. bila cacat .. dia disisihkan? disuruh minta sedekah di kaki lima .. mereka juga punya perasaan seperti kita ... so please .. berilah ruang utk mereka as well ..

1 Comments:
i thought your blog was cool and i think you may like this cool Website. now just Click Here
Post a Comment
<< Home